Dengan mana-mana senaman yang anda lakukan, anda tidak boleh melupakan kepentingan regangan. Biasanya anda akan bengkok ke bawah dan menyentuh jari kaki anda dan menahannya selama beberapa saat. Semasa senaman seks pula, ideanya adalah sama, tetapi prosedurnya sedikit berbeza. Apabila melakukan regangan “sexercise”, hanya bongkokkan badan anda ke depan dan letakkan kedua belah tangan anda pada tempat duduk sebuah kerusi, sementara anda luruskan kaki anda (dengan selesa) sebaik mungkin. Biarkan pasangan anda mendatangi anda daripada belakang, tetapi beri perhatian kepada bentuk kaki anda.
Memilih Posisi Di Atas Mempunyai Manfaat Lain
Duduk di atas lelaki anda semasa dia sedang duduk. Pelukkan kaki anda di sekelilingnya dan gunakan tangan serta lengan anda untuk membantu diri anda bergerak ke atas dan ke bawah. Keadaan ini akan mengerjakan triseps, bisep dan lengan anda. Jika tangan anda tidak cukup kuat, gunakan kaki anda dan itu akan memberi senaman pada paha anda pula.
Membongkok (“crouching”) Boleh Menggantikan Mencangkung (“squats”)
Gunakan tangan dan kaki anda untuk naikkan diri anda ke atas dan ke bawah. Tetapi berhati-hatilah – kami tidak mahu anda mencederakan belakang anda. Lakukan aktiviti ini perlahan-lahan dan jaga bentuk badan anda supaya anda tidak menegangkan apa-apa. Rehatlah jika anda mula berasa sangat penat. Segelintir daripada kita tidak biasa dengan posisi ini dan ia akan memerlukan sedikit latihan untuk menguasainya.
Buatkan Posisi Mubaligh Berfungsi Untuk Anda
Anda mugnkin tertanya-tanya bahawa senaman seks kedengaran terlalu mudah. Si dia duduk di atas dan anda sedang berbaring pada belakang anda. Bagaimanakah ini suatu senaman, anda bertanya? Sebenarnya, ia semua melibatkan regangan, lengkungan dan mengetatkan. Sementara si dia melakukan “kerjanya”, anda boleh melakukan senaman anda sendiri. Regangkan dan lengkungkan bahagian belakang anda ke sana sini dan ketatkan abdomen anda. Ia seperti anda melakukan pilates betul-betul di atas katil. Jika anda inginkan senaman seks yang lebih daripada itu, cuba ketatkan otot kegel anda semasa anda sedang melakukannya – kekasih anda pastinya akan menikmatinya!
Kaki Lurus Di Atas Bahunya
Luruskan kaki anda, wahai wanita. Semasa si dia berada di atas dan anda berbaring pada belakang anda, letakkan kaki anda di atas setiap bahu si dia. Ini bukan sahaja akan meregangkan kaki anda dan membantu membina otot anda semasa melakukan hubungan intim, malah abdomen anda juga akan berasa sedikit tegang. Cuba beri tumpuan kepada bentuk badan anda dan lengkungkan belakang anda jika mungkin – ini akan membantu mengetatkan abdomen anda dalam proses.