Mengekalkan kulit berminyak agar sentiasa sihat dan tidak berkilat boleh menjadi agak mencabar, terutama pada musim panas. Suhu yang lebih tinggi meningkatkan lagi pengeluaran sebum, menjadikan individu yang memiliki kulit kering atau normal juga akan turut berkilat sedikit, terutama pada bahagian dahi, hidung, dan dagu (juga dikenali sebagai zon-T). Menyingkirkan semua minyak tersebut adalah agak mustahil (ia juga tidak sihat, kerana sebum bertujuan untuk melincirkan kulit dan melindunginya). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang berkesan yang boleh membantu untuk mengawal kawasan yang berkilat itu, agar menjadikan kulit lebih bersih dan sihat.
Ubah Diet Anda Sedikit
Sementara lebih banyak kajian lagi yang diperlukan untuk menentukan berapa banyak diet yang mempengaruhi pengeluaran sebum, namun penyelidikan menunjukkan bahawa makanan tertentu boleh meningkatkan penghasilannya. Produk tenusu dianggap antara pesalah yang paling teruk disebabkan oleh kandungan hormonnya, yang boleh meningkatkan rembesan sebum sebanyak 60 peratus.
Gunakan Jenis Pembersih Yang Betul
Membersihkan kulit adalah sangat penting untuk semua jenis kulit, tetapi untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, ia agak kritikal, terutama pada musim panas. Peluh dan sebum yang berlebihan boleh mengubah kulit menjadi tempat pembiakan bakteria. Pembersihan kulit yang betul boleh menyingkirkan sebum berlebihan, peluh, sel-sel kulit mati dan kotoran, dan ini dapat menghalangnya daripada menyumbat liang pori anda dan menyebabkan jerawat.
Bersihkan muka anda dua kali sehari (pagi dan malam). Anda juga perlu membersihkan kulit anda selepas bekerja di luar. Jangan bergantung kepada kain lap muka sebagai kaedah pembersihan kerana ia tidak akan mengeluarkan semua kotoran dan peluh dengan baik, dan ia juga sering mengandungi bahan-bahan yang kasar dan mengeringkan. Gunakan pembersih larut air yang lembut dan bilas dengan air bersih. Pembersih tersebut seharusnya terkeluar sepenuhnya dengan tidak meninggalkan sisa pada kulit.
Lakukan Pengelupasan Yang Tetap
Pengelupasan kulit secara rutin akan menyingkirkan timbunan sel-sel kulit mati pada kulit anda, kerana jika tidak, ia akan menyumbat liang pori anda dan menyebabkan jerawat. Kulit berminyak cenderung untuk mempunyai kadar pengguguran sel-sel kulit mati yang lebih perlahan, jadi pengelupasan adalah sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Sebaik-baiknya, anda perlu melakukan pengelupasan dua hingga tiga kali seminggu menggunakan produk lembut yang tidak merengsakan kulit. Selepas pengelupasan, anda perlu sentiasa menggunakan produk yang melembapkan kulit dan melindunginya daripada sinaran UV, kerana kulit menjadi lebih terdedah kepada sinaran matahari.