Kita semua tahu bahawa lelaki sepatutnya berasal daripada planet Marikh dan wanita sepatutnya daripada planet Venus, namun apakah makna ungkapan itu sebenarnya? Berkomunikasi dengan jantina yang berlawanan boleh menjadi seakan-akan “memijak periuk api” dan kerap kalinya setelah anda menyedari apa sebenarnya yang berlaku, seseorang itu sudahpun memijak periuk api tersebut. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin boleh mengurangkan angka korban pada tahap minimum.
-
Wanita tidak sentiasa mahukan suatu penyelesaian
Apabila seorang lelaki bertanyakan suatu soalan, ia kerana dia mahu anda memberitahunya sesuatu yang dia tidak tahu. Apabila seorang wanita bertanyakan soalan, kadang-kadang mereka hanya mahu seseorang itu untuk mendengar. Dan bersetuju!
-
Warna itu penting
Tanyalah pada kebanyakan lelaki apakah warna kegemarannya dan anda akan mendapat pandangan yang seolah-olah anda baru bertanyakan kepadanya mengapa air itu basah? Bagi wanita, warna kasut, gincu, pakaian dan skirt, perkara ini adalah serius!
-
Masa adalah relatif
Lelaki akan berkata: “Berapa lama lagi sehingga anda boleh bersiap?” Anda menjawab, “Lima minit.” Dia seolah-olah terkejut apabila anda muncul, dengan kelihatan cantik, dua puluh minit kemudian. Lima minit adalah satu anggaran bukannya kontrak!
-
Hei, ia di luar kawalan kami
Ada hari-hari tertentu pada setiap bulan apabila kami boleh bersikap rasional dan ada harinya kami tidak boleh. Terima aje lah!
-
Membeli-belah adalah aktiviti tersendiri
Apabila lelaki pergi membeli-belah, mereka menjangkakan untuk membeli sesuatu. Apabila wanita pergi membeli-belah, ia bukan mengenai hasilnya saja, bahkan ia juga suatu proses.
-
Kasut itu penting
Ia sememangnya begitu. Jangan cuba untuk memahaminya, terima ia seadanya.
-
Kami boleh, cuma kami tidak sentiasa mahu lakukannya
Lelaki suka percaya bahawa mereka mempunyai kelebihan apabila ia berkaitan dengan kemahiran praktikal, menukar fius, memasang rak, atau apa sahaja. Sudah tentunya wanita juga boleh melakukan perkara-perkara sedemikian. Cuma kami sentiasa sahaja mempunyai perkara lain yang lebih baik untuk dilakukan.
-
Wanita bukan daripada spesies yang berbeza
Akhirnya, apa yang seolah-olah paling membingungkan lelaki adalah mencuba untuk mencari formula rahsia untuk memahami wanita. Nah, itulah masalahnya: kami bukan semuanya sama! Ya, ia adalah kebenaran yang mudah tetapi adalah penting, ambillah masa untuk mengenali seseorang itu dengan sebaik-baiknya!