Waktu pagi kadang-kadang boleh membuatkan anda gila – jadi di sini adalah beberapa tip kecantikan mudah dan helah penjagaan kulit untuk membantu anda keluar daripada pintu rumah anda kelihatan seperti anda baru saja menghabiskan masa berjam-jam di hadapan cermin.

Penghidratan pada waktu malam

Mendahului senarai kami bagi tip kecantikan pada waktu pagi: Sapukan kulit anda dengan pelembap yang mendalam sebelum tidur. Anda akan bangun dengan kulit yang lembut yang akan menjadi kanvas sempurna untuk solekan pantas. Kulit kering adalah sukar untuk disembunyikan dan boleh mengambil masa yang agak lama daripada rutin pagi anda.

Setkan rambut anda

Melaburlah dalam satu set penggerinting rambut. Ia mungkin kelihatan seakan-akan cara lama, tetapi wanita ketika itu tahu beberapa perkara untuk menjimatkan masa demi kecantikan. Mandi pada waktu malam dan setkan rambut anda semasa ia masih basah, sebelum anda tidur. Anda akan bangun dengan rambut kering yang sangat lebat. Apa yang anda perlu lakukan pada waktu pagi hanyalah menyikat rambut mayang mengurai anda dengan rapi menggunakan jari.

Cari produk dwi-kegunaan

Carilah produk yang boleh digunakan dalam dua cara. Anda akan dapat jimatkan banyak masa kerana semasa membersihkan berus solekan atau mencuci tangan anda dengan kerap semasa bersolek boleh memakan masa yang lama. Glos bibir anda mungkin boleh dijadikan pemerah pipi yang bagus. Comotkan penggaris mata anda di sekitar kelopak mata anda untuk menghasilkan pembayang sementara. Sapukan lebihan pelembap muka yang ada di tangan anda ke rambut anda untuk kawalan rambut ikal.

Penggunaan semalaman

Cuba produk antipeluh bagi preskripsi yang kuat yang bole digunakan pada waktu malam. Anda akan menjimatkan masa untuk menyapu ketiak pada waktu pagi. Lebih penting lagi, kerana produk antipeluh itu sudahpun diserap, anda akan dapat elakkan kesan jalur-jalur putih yang dahsyat itu pada pakaian berwarna hitam anda. Semua masa yang anda habiskan untuk menyental keputihan berkapur itu akan lebih menggunakan masa anda.

Susunkan segala-galanya

Pastikan tempat anda bersolek tersusun dengan rapi, dengan produk yang banyak digunakan diletakkan pada tempat yang mudah dicapai. Aturkan berus solek anda dalam susunan anda menggunakannya. Letakkan ubat-ubatan dalam penyusun pil seharian. Satu sesi penyusunan yang cepat akan menghalang anda daripada tercari-cari glos bibir anda, dengan tidak sengaja memakai pen penyerlah daripada berus pembayang mata berwarna biru kelasi, atau bergelut dengan tudung keselamatan kanak-kanak.

Beberapa perubahan kecil dalam rutin kecantikan pagi anda boleh memberi anda lebihan masa pada waktu pagi supaya anda bebas untuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting.